Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Suasana langit gelap. Saya yang sedang berada dalam kereta memerhatikan keadaan langit yang sedang hilang cahaya sedikit demi sedikt. Jam menunjukkan hampir 10.30 malam. Cahaya bulan sudah hampir gerhana penuh. Rasanya inilah pertama kali saya menyaksikan gerhana bulan yang sebenar-benarnyan. Walaupun kereta bergerak pantas di jalsn raya, saya masih dapat menyaksikan dengan jelas. Sakit juga tengkok kerana asyik mendongak dari cermin tingkap kereta.

10.48 malam, cahaya samar tampak sedikit di sebelah kanan bulan. Bumi hampir menutupi seluruh bulan. Bergerak perlahan penuh tertib dan sabar. Pada waktu ini di masjid-masjid seluruh sedang mengadakan solat sunat gerhana bulan. Semoga kita semua dilindugi Allah daripada segala bencana. Dalam suasana malam yang langitnya gelap gelita, kelihatan langit dan bumi bagai bertemu di hadapan. Jika tidak ada cahaya daripada lampu kereta.....masya-Allah tak boleh saya bayang keadaan di tengah-tengah highway ini.

10.59, cahaya bulan semakin hilang.11.02 malam, cahaya bulan terus terpadam. Yang kelihatan di langit, sebutir dua bintang di langit gelap. Mungkin dalam setengah jam lagi, bumi akan beredar sedikit demi sedikit daripada kedudukan antara matahari dan bulan.

11.24 cahaya bulan sudah mula kelihatan semula, hampir membentuk bulan sabit. Malam hampir keluar daripda kegelapan pekatnya. Maha suci Allah, walau kami bergerak dari satu daerah ke satu daerah...kami tetap dapat melihat kebesaran-MU. Kami berada di atas bumi tenang meneruskan kehidupan, walaupun menyaksikan kejadian yang membuktikan bumi yang kami pijak ini sentiasa beredar dan berputar tanpa henti. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi membenarkan kami benafas.

kun fayakun...

Hari jumaat tiga berita kematian diterima. Seawal waktu, sebelum solat jumaat, di pejabat sekolah heboh tentang kejadian kemalangan sebuah motosikal dan penunggangnya maut di hadapan traffic light depan appartment. Saya yang sedang fokus dengan tigasan yang perlu disiapkan di bilik saya di pejabat, tak ambil pusing sangat. Kedengaran rungutan sufian kat opis, jalan jam teruk, kena pusing jalan lain untuk ke masjid. Tak lama kemudian Suhaili dan rakan-rakan opis balik dari membeli makanan tengah hari, juga membawa cerita yang sama. Saya yang lagi tadi memasang telinga, akhirny terpanggil untuk masuk campur.
" Macam orang muda je kak", Nurhaslin memberi pandangan.
" Jangan-jangan budak sekolah kita, atau mungkin 'ex-student". Suhaili yang sedang sarat pula menyatakan pendapatnya.
" Mungkin juga, sebab di kawasan sini, sekolah mana lagi, tak Setiawangsa, DTHO." Saya bagai meyokong pandangan Suhaili.
" Sian kak, mati kat situ juga..." Nurhaslin menyambung dengan kerut wajahnya yang masih terbayang.
Sambil silih berganti pandangan kami bagai menyimpulkan, entah-entah memandu laju atau langgar traffic light merah.

Jam 2.30, saya berkemas pulang ke rumah. Rasa lega apa yang patut dibuat selesai...Lepas ni nak bercuti dan selepas tu buat semakahndan edit mana yang berkenaan sebelim mesyuarat guru yang pertama sesi 2012. Semasamdalam perjalanan pulang, ada kesan darah yang ditutup dengan surat khabar tidak jauh dari traffic light berhampiran dengan pokok besar di bahu kiri jalan tempat saya selalu berhenti apabila traffic light merah.

Sampai di rumah selepas menyiapkan makanan temgah hari, ayam masak merah, telur asin, sayur capcai dan ikan tenggiri serta ikan sepat masin, telefon berbunyi. Dan suara kakak saya di talian. ?
" Dah baca mesej"
" Ha?....tak tengok handphone. Sibuk"
"Pak Man meninggal baru sekejap tadi!.."

" innalillah:-)...."
Berita kematian kedua pada hari Jumaat. Saya terus menelefon kakak di kampung sama ada dia adan turun KL. Rupanya dia sedang bersiap dan saya terpaksa menungunya sampai. Lepas maghrib pergi melawat di
Batu Gombak. Menurut kakak saya, tadi dia jua menerima beria kematian adik sahabat baiknya yang juga kenalannya meninggal lepas solat jumaat di Kedah.....Berita kematian ketiga.
'...tut..tut.." mesej masuk. Jenazah akan dikebumi selepas maghrib.

Sebaik sahaja kakak dari Muar sampai kami terus menuju ke rumah arwah bapa saudara sepupu. Khabarnya jenazah sedang dikebumikan. Kebetulan dengan kehendak Allah kami lalu di hadapan perkuburan dan kami terus singgah. Ketika itu talkin sedag dibacakan di bawah sebuah khemah dengan cahaya yang meliputi ruang itu sahaja. Pertama kali saya berjalan di atas kuburan pada waktu malam. Sederetan dengan kubur arwah ada beberapa liang yang sudah siap digali dengan saiz yang telah ditetapkan dan semuanya dipenuhi air. Maklumlah musim hujan. Terfikir di hati, siapakah giliran yang akan dimasukkan ke liang ini...Ya, Allah kita tidak tahu berapa lama lagi Allah meminjamkan nyawa ini untuk kita.

Berbalik kepada kisah Arwah, ...arwah yang mengidap kencing manis, baru shaja dipotong kakinya ke paras lutut untuk kali kedua. Yang pertama dahulu, telah disambung dengan kaki palsu....sedih. Selepas kaki dipotong kali ini di hukl, ..arwah terus dalam keadaan kritikal. Baru bulan lepas berjumpa beliau di majlis hari jadi cicit-cicitnya, perbualannya macam orang tak sakit. Semangatnya sangat kuat dalam usi lebih kurang 78 tahun. Begitulah kehendak Allah, ada yang menanggung kesakitan yang lama:-) sebelum Dia menjemputnya pergi. Ada yang, sekelip mata sahaja, tanpa diduga. Muda atau tua kalau sudah ajal, tak ada siapa dapat megelak.

?......Kita yang tinggal, apakah kita sudah bersiap dengan bekalan..ingatlah, Kun Fayakun...kalau Allah kehendaki kematian itu terjadi untuk kita bila dan di mana, akan terjadilah. Semoga yang pergi dicucuri rahmat ke atas rohnya. Dan kita muhasabah diri dan meningkatkan amal dan taqwa.Amin.

Saturday, November 12, 2011

DITIPU, TERTIPU, MENIPU@PENIPU

Ditipu, menipu dan tertipu merupakan lumrah kehidupan.
Kalau kita telah ditipu, pasti akan berasa sakit hati, marah, kecewa dan semua rasa yang pahit, masam dan yang tak enak itu bagai melekat pada lidah dan hati.Lebih-lebih lagi kalau kita ditipunya 'hidup-hidup'Sekiranya orang itu terlalu baik, tidak berkira, murah hati dan tak banyak'songel'...hati-hatilah anda mungkin akan ditipu oleh sipenipu yang tak tahu malu.
Apatah lagi kalau tertipu...(Tipah tertipu...??)...memang menyakitkan hati. Kita akan berasa bagai diperbodohkan, ditertawakan dan dipersendakan. Tapi tidak semua perkara yang kita tertipu itu mendatangkan sakit hati. Sekiranya itu sekadar gurauan janganlah kita terlalu serius tentangnya. walau bagaimanapun sebelum orang itu 'tertipu', tengok-tengoklah dulu siapa orangnya. Tidak semua orang boleh menerima gurauan kita.
Paling buruk kalau ada perangai yang suka 'menipu'. Mengapa menipu?...banyak sebab. Nak untung, macam-macam cara orang menipu. Nak dipandang hebat pun ramai orang menipu; menipu sijil, menipu augerah, menipu kelulusan dan pencapaian...menipu itu dan ini...sehingga orang yang tertipu mengataka, "Wah, hebatnya!..." Malah ada yang nak pikat orang atau nak kawin lagi sanggup menipu. Depan pijak semut tak mati, tapi di belakang dialah gajah yang bertelinga besar perut yang besar, mulut yang besar dan belalai yang panjang. Nak hidup beb...kenalah pandai menipu! Jadi kalau tak menipu tak boleh hidup ke?...
Jadi, fikirlah. Di mana kita berada. Dalam kelompok ditipu, tertipu atau menipu. Berhati-hati jangan sampai digelar PENIPU!

Tuesday, November 8, 2011

Little Mysterious: Hadiah untuk kami ibu dan bapa ialah "SEORANG ANAK...

Little Mysterious: Hadiah untuk kami ibu dan bapa ialah "SEORANG ANAK...: Salam aidiladha. Raya yang penuh pengertian dan kaitannya dengan kehidupan seharian.Menonton televisyen, mendengar radio mahupun makalah-mak...

Demi sebuah persahabatan:

Usianya sudah lingkungan 60an. Seorang pesara guru yang bersemangat kuat. Masih terus gagah bekerja dengan syarikat milik keluarga. Pagi di pejabat, petang di kebun sekitar rumah. Pagi sebelum ke pejabat pun sempat mengerjakan apa yang patut di sekitar rumah. Keliling rumahnya penuh dengan hasil tangannya, cili, terung, kunyit yang subur menghijau, ulam-ulaman, piang dan nanas. kalau musim buah,rambutan, pulasan, manggis, duku dan durian tidak habis dimakan.

Dalam usia begitu kesihatannya kerap juga terganggu, lebih-lebih lagi masalah jantung, darah tinggi dan kencing manisnya. Kehebatannya melawan penyakit, kalah orang muda. Sambutan Aidiladha disambut meriah di rumahnya. Tidak kering tangan menolong di dapur macam suri rumah. Disebabkan terlalu penat mungkin, tengah hari raya, beliau ditimpa sakit. Bergegas anak-anak dan ipar duai menghantar ke klinik.
Hujung minggu ini beliau akan ke Kelantan menghadiri majlis walimatul urus sahabat baiknya yang pernah sama-sama mengajar di sabah.
... Atas keadaan dirinya, ahli keluarga menasihatkan agar dibatalkan sahaja niatnya...

Hari ini, beliau telah gagahkan diri, walau belum sembuh sepenuhnya demi untuk menunaikan janji. Sahabat baik sedang menunggu kedatangannya. Beberapa orang lagi sahabat yang sama merantau dahulu juga berkumpul di sana. Kelantan sudah berbunga di mata.
" Bukan penat pun...tak memandu duduk sahaja dalam kereta..."
Akhirnya semua akur. Walaupunkelihatan masih lemah, tetapi di matanya bercahaya tanda gembira yang dia sudah agak sihat untuk melaksanakan hasratnya.
"Dia dah lama benar tak jumpa dengan En Wan tu..." itulah kata mengalah isterinya, yang terpaksa akur untuk pergi.
Hari ini beliau sudah samapi di Kuala Lumpur untuk menyambung perjalanan seterusnya, esok atau lusa.
...mana mungkin diuzurkan diri. 11.11 2011, mengamit mereka datang. Demi sebuah persahabatan yang telah lama tersimpul, wajah seorang tua menjadi ceria kembali. Semangatnya untuk sihat lebih kuat daripada ubat yang dimakan...
...semoga cik bergembira bertemu sahabat -sahabat yang dirindui....dan semoga cepat sembuh.

Monday, November 7, 2011

Hadiah untuk kami ibu dan bapa ialah "SEORANG ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH". by Cikgu Khaty Ali on Monday, 07 November 2011 at 23:12

Salam aidiladha. Raya yang penuh pengertian dan kaitannya dengan kehidupan seharian.Menonton televisyen, mendengar radio mahupun makalah-makalah sempena Raya Qurban ini membuat saya terpanggil untuk mencoret rasa dan berkongsi cerita. Sesuai dengan pengertian pengorbanan itu sendiri, maka cerita-cerita yang ditayang di kaca TV kebanyakan berkisar kepada kehidupan yang begitu sinonim dengan kita iaitu pengorbanan ibu bapa. Itulah peristiwa yang berlaku setiap hari, melingkari kehidupan kita siang dan malam. Pengorbanan dalam erti kata yang lebih besar, membabitkan kehidupan sebelum dan selepas mati, syurga dan neraka. Perjalanan kehidupan penuh dengan kasih sayang yang tidak ternilai sehingga sanggup berkorban apa sahaja.

Sehari sebelum menyambut Aidiladha, saya begitu teruja dengan sebuah kisah yang dibintangi oleh Eja sebagai ibu tunggal yang mempunyai anak yang begitu menghargai kasih ibu dan sanggup berkorban demi kebahagian dan memenuhi hasrat ibunya. Kisah trajis berakhir dengan kematian anaknya yang begitu baik, taat dan penyayang. Selalunya saya menonton kisah anak yang melupakan ibu bapa, anak yang derhaka dan seumpamnaya. Berlainan sekali kisah yang dipaparkan ini, satu kelainan yang berkesan dan kasih sayang yang dipaparkan bagai meresap ke seluruh jiwa dan naluri seorang ibu. Kasih sayang antara ibu dan anak serta pengorbanan antara mereka saling bersandaran dan begitu menyentuh.

Terbawa-bawa dengan kisah yang dibaca dan ditonton, sepanjang hari ini fikiran saya dipenuhi dengan idea-idea untuk dilontarkan di sini. Sebelum menjadi seorang ibu, memang kita tidak akan dapat menyelami sepenuhnya perasaan seorang ibu yang sebenar. Apatah lagi pada zaman remaja seperti saya dahulu, tidak banyak perkongsian pengalaman, motivasi dan saluran-saluran khidmat nasihat yang boleh kita gunakan dan cari seperti sekarang. Masih saya ingat dahulu, kalau dimarahi ibu, saya akan merasakan ibu tidak memahami saya. Kalau bersuara lebih pasti dikata melawan. Lalu. semua perasaan itu akan saya lontarkan pada sekeping kertas dan saya akan menangis sepuas-puasnya atau merajuk dengan mendiamkan diri di dalam bilik.Lebih utamakan perasaan sendiri, tidak pula memikirkan tergurisnya hati seorang ibu. Tetapi selepas itu, hati ibu saya sentuh semula dengan menyediakan makanan yang disukainya atau melakukan perkara-perkara yang disenanginya. Sebenarnya, kita tidak akan terfikir jauh seperti apa yang difikir oleh seorang ibul. Kita tidak ada rasa benar-benar bersalah terhadap marahnya ibu atau ayah sekiranya lewat balik ke rumah, tidak membantunya membuat kerja, tidak mendengar nasihatnya dan semua perkara yang tidak disenangi oleh mereka.

Segala teguran itu kita anggap leteran yang membosankan, marah mereka umpama satu kebencian yang dilontar, larangan mereka itu dan ini merupakan perkara yang meletihkan...kita hanya rasa kita sahaja yang kecil hati, kita sahaja yang hatinya tidak dijaga, kita rasa kita bagai tidak disayangi....dan itulah tanggapan anak-anak sejak dahulu hingga sekarang terhadap orang tuanya.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah rela berkorban nyawa...

Menjadi seorang ibu, sedikit demi sedikit saya mula merasai apa yang mungkin dirasai oleh ibu saya dan saya menjadi lebih memahaminya. Malangnya ketika saya benar-benar memahaminya, dan ingin berkongsi rasa perasaan suka duka seorang ibu, saya tidak berpeluang berbuat demikian. Ibu pergi sebelum sempat saya menghadiahkan cucu untuknya, yang boleh mencium pipinya, berbaring di atas pangkunya dan memanggilnya 'atuk'. Dan itulah yang saya inginkan, melihat anak-anak saya bermanja dengan atuknya sebagaimana anak-anak orang lain. Ingin sekali saya menunjukkan anak-anak saya yang begitu comel masa kecilnya, begitu petah bercakap dan manja. Ibu pergi sebelum saya sempat membawanya tinggal bersama kami, dan menikmati kebahagiaan dan kesenangan yang telah beliau sediakan sebelum saya dewasa. Ayah pula meninggalkan saya sejak saya berusia 9 tahun, dan saya sempat menerima belaian dan kasih sayangnya yang sangat manis.

Anak-anakku yang di rumah, yang sedang menuntut, yang bekerja dan yang berada di mana sahaja di luar sana;
Rupanya perasaan seorang ibu begitu besar dan tidak terbanding nilainya. Melalui pengalaman sebagai ibu yang hampir mencecah 21 tahun, membuat saya kadang-kadang terasa begitu rindu terhadap ibu saya yang sudah lama pergi. Nilai kasih ibu begitu besar. Di sini ingin saya titipkan tentang kasih sayang seorang ayah yang tidak terhitung harga pengorbanannya. Berselindung di sebalik ketegasan, di sebalik ego lelakinya, rupanya terselit sebuah perasaan halus yang begitu suci dan kudus. Walau disembunyikan tetapi orang yang faham bisa melihat itu. Sepi seorang ayah apabila anak-anak sudah besar dan terpaksa meninggalkan mereka untuk tuntutan ilmu dan pekerjaan, kadang-kadang tampak pada matanya. Kerinduan yang membelenggu dirinya . Sesekali terbayang pada wajah dan gerak lakunya atau pada tutur katanya. Ibu akan turut merasa itu. Pada waktu-waktu tertentu terutama hujung minggu atau lebih-lebih lagi pada hari raya, kepulangan anak-anak sentiasa dinanti. Ke mana pun kaki melangkah akan begitu terasa kalau anak tidak bersama. Sebut sahaja apa pinta anak, ayah terus sahaja menunaikannya tanpa banyak bicara .Keperluan anak diutama. Perasaan anak begitu dijaga. Menegur anak pun dikawal kata dan bahasa...Syahdunya kasih ayah....

Pada lewat usia seperti ini, yang entah berapa lama lagi mengecap nikmat dunia rupa-rupanya hati mudah terusik. Itulah yang selalu dicerita oleh kakak-kakak saya mahupun rakan sejawat. Teringat kata seorang sahabat yang juga seorang ayah...'kita tidak boleh terlalu ideal terhadap anak. Be rasional. Jika tidak kita akan kecewa dan sedih selalu. Terima mereka seadanya, dan berdoa.Isya-Allah.' Terkenang pula kata seorang ibu yang juga saudara rapat saya,...apabila anak sudah dewasa, belajar tinggi, bekerja dan berkeluarga sendiri, ibu bapa akan merasa terpencil. Sentiasa pula akan risau tentang keadaan hidupnya, terutama solatnya.' Mana tidak, siapakah yang akan mendoakan ibu bapanya apabila mereka tiada , jika tidak anak-anak yang soleh. ...sayu...adakah setelah ibu bapa tidak ada baru anak-anak akan mendoakan mereka? Seorang ibu atau ayah, sepanjang hayatnya tak putus berdoa untuk anak-anaknya. Tak pernah jemu walau bongkoknya sudah hampir menjejak bumi.

Begitulah kasih ibu bapa. Dalam kandungan, ibu membawa kita ke sana ke mari dengan bangga dan gembira. Kesukarannya semasa mengandung sehingga melahirkan, tidak dapat dibayang dengan kata. Lahir anak ke dunia, lain ragamnya.Anak menangis dipujuk. Makannya disuap. Mandinya disirami. Sakitnya bercekang mata.Tidurnya didodoi. Setiap hari diusap sayang, dicium manja. dari tapak kakinya selebar dua jari, hingga mereka mampu berdikari, kasihnya utuh dan kukuh. Bertahun-tahun sabar membesarkan anak. Sanggup berhutang, bergolok gadai. Apakah kita insaf tentang itu semua. Menjaga ibu sakit sehari, kita merungut. Menjenguk selalu kita tak mampu. mampukah kita menyuap nasi ke mulutnya setiap hari? Dapatkah kita memeluknya waktu mereka memerlukan sebagaimana mereka mendakap kita dahulu? Bolehkah kita memanjakan dan menyayangi mereka sebgaimana yang dilakukan oleh mereka terhadap kita...terbayarkah semua itu??? Lebih malang lagi mengapakah ada anak yang sangguip menyiksa sehingga membunuh ibu sendiri....subhanallah...

Besarnya pengorbanan ibu dan ayah. Kasih sayangnya ibarat air lautan yang tak pernah kering. Doanya menjadi payung kehidupan. Rindunya salju awan, putih dan bersih. Harapannya setinggi gunung. Di depan kita dihamparkan hijau kehidupan. Dan kita menikmati wangi cinta yang diciptanya. Bersyukurlah kerana kita punya ibu bapa. Sedaya mungkin, gembirakan mereka. Sebanyak mungkin sayangilah mereka, walau segalanya tidak dapat menandingi kasih yang diberi oleh mereka. Ketahuilah anak-anak...ibu bapa tidak mengharapkan balasan harta yang menggunung, atau duit yang melimpah atau rumah agam yang tersergam. Cukuplah secanggir kasih yang tulus buat dihirup saban hari selagi usia masih ada. Jika mereka tiada, lakukan yang terbaik untuk mereka ....doa kudus dan tulus...

Hadiah untuk kami ibu dan bapa ialah "SEORANG ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH".

Terima kasih untuk anak-anakku yang terus mendoakan mama dan ayah. Kalian adalah yang terbaik untuk kami.
Salam .


7 Nov.2011/11 Zulhijjah 1432

Friday, November 4, 2011

sebuah nota untuk anak-anak T5

Hari ini tiba-tiba begitu sayu. Mengenggam erat tangan anak-anak didik, dan mendakapnya erat, hati menjadi tersentuh. " Doakan saya cikgu.....halalkan semua yang diajar dan maafkan semua kesalahan..."
Apa lagi yang dapat kubuat untuk kalian. Terasa masa bagai begitu pantas memisahkan kita dalam jelajah ilmu ini. Belum puas mencurah apa yang ada bagi memenuhi keperluan kalian untuk menghadapi peperiksaan besar.
Berjuanglah untuk kehidupan yang masih panjang perjalanannya. Doa restu daripada kami guru-guru tetap tak putus. Semoga kalian berjaya dengan cemelang dalam SPM nanti.
Semoga hubungan kasih kita di perbukitan ilmu ini akan terus hijau, sehijau pepohon yang mengindah di sekitarnya. Salam maju jaya.

Tuesday, November 1, 2011

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN
(KERTAS 2 )
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI-NEGERI/SBP/MRSM/YIK

NEGERI
TUGASAN SOALAN
TEMA / KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN
JOHOR
peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar dan kepentingan pencapaian akademik bagi masa depan pelajar
tanggungjawab /tugas /kewajipan
KEDAH
kepentingan Klinik 1Malaysia dan cabaran dalam pelaksanaannya.
kebaikan /kelebihan /manfaat /faedah
KELANTAN
punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya
sebab /faktor
MELAKA
langkah-langkah meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan masalah-masalah perkhidmatan pengangkutan awam
usaha /pendekatan /kaedah /strategi /tindakan
NEGRI SEMBILAN
keistimewaan sejarah dalam kehidupan dan langkah-langkah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
kelebihan /kepentingan /faedah /kebaikan
PAHANG
usaha-usaha ke arah pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan dasar tersebut
langkah /pendekatan /kaedah /strategi /tindakan /cara /modus operandi
PERAK
cara-cara mengelakkan individu daripada keracunan makanan dan kepentingan makanan yang bersih kepada keluarga
langkah /pendekatan /kaedah /strategi /tindakan /usaha /modus operandi
PERLIS
tanggungjawab remaja sebagai pengguna dan usaha-usaha memupuk kesedaran kepenggunaan dalam kalangan remaja
peranan/ tugas /kewajipan
PULAU PINANG
cara-cara berbelanja secara berhemat oleh golongan muda dan kekangan untuk menggalakkan mereka menabung
langkah /pendekatan /kaedah /strategi /tindakan /usaha
SABAH
kebaikan pokok putat dan cara-cara untuk memajukan industri tanaman herba
kelebihan /keistimewaan /faedah/ manfaat /kepentingan
SARAWAK
usaha-usaha untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar dan kesan masalah mental kepada pelajar.
tindakan /pendekatan /kaedah /langkah /strategi /cara
SELANGOR
kepentingan bersarapan dan usaha-usaha untuk menggalakkan tabiat bersarapan dalam kalangan masyarkat
faedah /manfaat /kelebihan /kebaikan /keistimewaan
TERENGGANU
langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan hutan
pendekatan /kaedah /strategi /tindakan /cara /modus operandi
WP KL
ciri-ciri remaja yang berkualiti dan kesan-kesannya terhadap negara
sifat-sifat /potensi / keupayaan
SBP/SKLUS
kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya
kebaikan /kelebihan /keperluan /manfaat /faedah
MRSM
kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut
kelebihan /keistimewaan /kemaslahatan /keperluan faedah / manfaat /kebaikan /kesan positif /mustahaknya
YIK
sebab-sebab remaja tidak mahu hidupnya dikongkong dan faedah-faedah jika dikawal oleh ibu bapa mereka
punca /faktor /alasan

sumbangan: cikgushuhaimi

Monday, July 18, 2011

Sahabat.

Membaca tulisan seorang sahabat, menyebabkan air mata mengalir.
Perasaan.
Betul, bila terganggu, menjadi begitu halus. Kadang-kadang kita tak berupaya menyembunyikannya.
Suka duka, sedih, pilu,..bukankah itu kehidupan. Datang silih berganti mencari ruang pada sebuah sebuah hati yang kecil itu.
Insya-Allah, kelemahan yang menganggu itu akan hilang dengan kekuatan dan semangat.
Terima kasih sahabat-sahabat yang memahami tentang lorong kehidupan yang sedang kita lalui ini.
Kalianlah, menjadikan tangis itu sebuah senyuman
marah itu sebuah kesabaran
sakit itu sebuah kesyukuran
duka itu sebuah kebahagian.
Apabila mendung berlalu, mentari pasti memberi salam.
Dan kita ketawa kembali mengecap kegembiraan.

Saturday, March 12, 2011

Kalau tidak ada internet? Pernah juga saya terfikir apa saya buat apabila perasaan bosan melanda. Paling mudah menelefon kawan...itu yang selalu dilakukan dulu. Kemudian bil telefon pun melambung tinggi. Masa FB belum diperkenalkan, YM menjadi media perantaraan utama untuk menghubungi kawan-kawan. Masih saya ingat, Azra anak murid saya di tingkatan 3R, sering berYM dengan saya dan kami bergurau senda dengan pelbagai applicatian yang ada. Bahan tidak dikongsi dengan org lain dan tak ada orang yang boleh baca tulisan-tulisan saya. Kalau tak ada kenalan di YM yang online, mainlah game yang ada sekadar menghibur hati. Apabila dah pandai membina blog, saya sudah dapat menyimpan hasil tulisan dan menyimpan bahan yang dikongsi oleh orang lain. Sangat seronok.

Zaman FB mengubah segalanya. Rakan makin ramai. Banyak bahan boleh di'share'. Ilmu banyak yang dapat dikutip. Boleh berhubung secara terus dengan ramai orang, sama ada kawan kita atau kawan kepada kawan kita... Kemudhan IT, Blog dan FB, mengubah sebuah kehidupan kepada pelbagai corak dan gaya yang baru...Toleh ke belakang kepada zaman yang kita tinggalkan...dan inilah yang berlaku...Kehidupan yang penuh dengan 'wire', sambung menyambung sehingga kita terlupa dan menjadi ' screen layar'


cikgu Khaty

Friday, January 14, 2011

Sebuah Pencarian.

Aku cuba merenung bulan
cahayanya kelam disapu awan
aku cuba merenung bintang
tampak cantik tak tergapai tangan
aku cuba merenung mentari
kilau cahaya membakar diri.

Mencari aku cahaya nan terang
lorong gelap jelas terbentang
manaku dapat sinar nan cerah
penyuluh hidup hati yang resah
temukah aku kilau permata
tetap gemerlap di malam gelita.

Dalam sujud aku tersendu
apa kucari telah kutemu
kubaja dan siram dengan cinta-MU
agar subur jiwa ragaku
lidah fasih menyebut nama-MU.


14 Januari 2011
7.10 mlm.

Thursday, January 13, 2011

DASAR 1M1S

Hari ini hadir taklimat 1M1S (1 murid 1 sukan). Prinsip pelaksanaan menarik. Penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan sebagai asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. Matlamat, untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh daripada kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. selain itu untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Asas kepada 1M1S ialah pelaksanaan mata pelajaran PJK yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi melaksanakan 1M1s. '">Subjek PJK tidak boleh dijual kepada subjek laininhouse' kena buat untuk semua guru.
Pendekatan:
1) Program Sukan Umum :(sukan sepanjang tahun - merentas desa, sukantara, kejohanan balapan dan padang);
2) Kelab Sukan dan Permainan :(sepanjang tahun - 90 minit seminggu, latihan pelbagai permainan & modified game);
3) Pertandingan Dalaman (sukan sepanjang tahun) - pertandingan antara rumah sukan, Pertandingan antara tingkatan/kelas;
4) Pertandingan Lain: MSSD, MSSN, MSSM dan peringkat antarabangsa.

Pertandinagan/penilaian : Segak/Sukantara/Sukan sekolah/MSSD/MSSN/MSSM/Kejohanan antarabangsa.

Hanya perlu dijelaskan, bukan dibuang'

KUALA LUMPUR 10/1/2011

Konteks penggunaan perkataan 'paria' dalam novel Interlok boleh dijelaskan dengan tepat kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal menggunakannya sebagai komponen teks sastera mulai tahun ini.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan berkata, malah istilah tersebut tidak perlu diubah atau digantikan dengan perkataan lain cuma diterangkan melalui nota kaki di bawah halaman novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

''Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal.
''Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.
Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 kaum India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Beliau yang juga dikenali Anwar Ridhwan menjelaskan, tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu.

''Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.

''Mereka harus faham sebuah teks yang mentafsir sejarah masyarakat India sebagaimana yang turut diceritakan dalam sebuah karya India, Mulk Raj Anand, berjudul 'Untouchable','' katanya.
Sehubungan itu, Anwar Ridhwan menyokong agar penggunaan novel tersebut diteruskan sekali gus amat kecewa dengan sikap tidak intelektual perbuatan membakar novel itu.

''Ia sebenarnya boleh diselesaikan melalui perundingan antara dua pihak bukan dengan cara berdemonstrasi di jalanan,'' katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, istilah paria dalam novel itu boleh dianggap relevan pada zaman yang dibicarakan dan ia perlu diambil iktibar oleh masyarakat ketika ini.

''Sebarang pertentangan pendapat perlu dibincang terlebih dahulu dan memahami keseluruhan novel tersebut bukan sekadar memetik beberapa perenggan dan dipolitikkan walaupun novel itu bersifat pendidikan.

''Biar kerajaan memutuskan langkah terbaik kerana novel itu hak mutlak penulis dan semua pihak harus menghormatinya,'' katanya.

- Utusan Malaysia
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:02 0 ulasan

Wednesday, January 12, 2011

Aduhai Emak Kawinkan Aku

Petang tadi aku dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang kupanggil kakak.Walaupun bergelar datin, dan isteri kepada orang berpangkat, perwatakannya biasa dan tidak sombong. Malam tadi, memang aku teringat akan beliau. Tak sangka, mendapat panggilannya. Agak lama menyepi kerana pergi menunaikan haji.
Kami berbual agak panjang sebelum sampai ke titik cerita yang sebenar. Rupanya beliau ingin mengundang untuk majlis perkahwinan anaknya. Bukan anak perempuan sulung katanya, tetapi anak lelaki yang no.3. Berusia hampir 24 tahun, sianak dengan yakin berkata, dia sudah bersedia walaupun si ibu merasakan dia perlu mengumpul duit lagi.
Tentang kahwin juga,...seorang rakanku sedang sibuk menguruskan majlis pertunangan anaknya. Dalam usia 22 tahun anak bujangnya yang masih belajar akan berkahwin pada tahun ini. Walaupun masih belajar, ayah dan ibu menguruskan segalanya. Bertuah sungguh. Orang tua kata "cuci kaki sahaja".
Rakanku yang lain pula berkata, anak perempuanya masih belajar tetapi telah ada calon. Nak kahwin, tunggu sampai dah kerja. Nak bantu, ibu bapa masih banyak tanggungan. So anak ini perlulah bersabar sehingga habis belajar dan berdikari.
Bagaimana ya? Belajar dulu baru kahwin? Kahwin semasa belajar? Kerja dulu baru kahwin?...Kahwin dulu baru sambung belajar?..teringat lagu dulu..."aduhai emak kahwinkan aku!..."

12 Jan 2011

Tuesday, January 11, 2011

Kerana Nasi 'Lembik'

Lewat pagi tadi mood terganggu. Note book tiba-tiba tak boleh dibuka...licence out...So apa yang dirancang semalam tak menjadi. Telefon anak, tanya kawan...so jawapan macam-macam versi. Lastly telefon suami, tanya tentang 'guarante'..salah time lak...jawapan tak memuaskan. Geram menebal dalam dada. Siap! Balik nanti tak mau cakap apa-apa. Mind set!
So, hari ini settled kan macam-macam. Pantau mesyuarat agung Unit Beruniform dan kelab sukan permainan. "Thumb up" untuk guru-guru penasihat dan semua pelajar. Well done.Checked stok barangan koperasi daripada guru berkenaan, urus surat-surat yang berkaitan koku - mesyuarat, makluman dan tindakan. Done.
1.15 'Q time'. Syabas Cikgu Normah Mispar. Begitu semangat. Moga berjaya...berani mencuba dan banyak idea. Pesanan demi pesanan macam peluru..tak taulah sampai tak sasaran. Apa pun tugas yang perlu dipikul. Mudah-mudahan kuranglah mulut kita ni dok cakap itu dan ini. Kadang penat juga complain ni.
3.40 ptg, bertolak ke rumah. Ingat sakit hati tu dah habis. Dalam perjalanan, rasa tak puas hati dengan jawapan suami mengiang-ngiang balik. Siap. Tak cakap apa-apa bila sampai di rumah. Kata-kata itu melintas balik di kepala. Sampai rumah...'hubby dah balik'.Awal pulak hari ini. Sebelum tekan 'control' gate, pintu rumah sudah dibuka. Nasib, gril tak dibuka olehnya. Sampai di muka pintu,..tak nampak kelibat suami, ... mujur dia ke dapur. Selamat untuk bercakap. Cepat-cepat aku naik ke atas dan terus solat Zohor. Usai solat, turun ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Selamat juga untuk bersuara, sebab dia sibuk berbual dengan anak bujangku.Bila aku buka periuk nasi, nasi dah masak. Diam, no komen. Goreng ikan kering, dan masak sayur. Lauk asam pedas, sudah sedia dipanaskan. Tanpa suara...masakan hampir siap.
" U....(panggilan untukku), nasi terlembik sikit." Tiba-tia suamiku bersuara. Entah apa mimpi masak nasi....Jawapanku pendek aje..."hem"...pertahankan ego. Tiba-tiba tak lama lepas tu, suamiku ke dapur, " ok ke nasi tu , tak lembik sangat?".Agaknya tak puas hati dengan jawapan tadi. Mahu tak mahu, terpaksa jawab. Lepas tu, banyak lah pulak soal jawabnya...marahku terpaksa kucairkan. Dalam hati, pandai sungguh, dah buat salah, macam-macam dibuat untuk menebusnya. Ha..ha..hari ini, niat baik tak kesampaian, niat jahat pun tak diredha Tuhan. Terima kasih ya Allah, kerana tidak membiarkan aku 'BERDOSA"....


11/1/2011
(Selasa)