Wednesday, June 30, 2010

kata Imam Ghazali rhm:
“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”

Pertandingan P{idato dan Kuiz PNB

Pada 29 Jun 2010, sekolah menjadi tuan rumah bagi pertandingan pidato dan kuiz PNB peringkat negeri. Dengan keadaan dewan yang terbuka, risiko hujan dan ribut petir sangat ditakuti. Malah pentas juga perlu dipasang tabir bagi membolehkan suasana pentas tidak begitu terang untuk dipancarkan slide. Perkara ini telah dikhabarkan tetapi kami tiada pilihan, tetap menjadi tuan rumah.
Hari Isnin 28 Jun, persiapan peringkat pertama oleh pihak PNB bermula. Kebetulan pula sekolah cuti peristiwa kerana temasya sukan pada hari Sabtu 26 Jun 2010. Mahu tidak mahu, pada waktu orang sedap tidur waktu cuti, aku terpaksa ke sekolah pada jam 3.00 petang dengan disertai oleh Habsah dan Asniza sekeluarga.Hampir satu setengah jam menunggu, barulah pihak agen PNB datang untuk menyusun atur dewan. Kami hanya membenarkan mereka meletakkan barang-barang yang tidak berisiko sahaja di dewan. Langit sudah mulai mendung.Tanda-tanda hujan lebat akan turun semakin jelas. Kira-kira jam 5.30 petang, hujan turun dengan lebatnya dan disertai dengan angin yang kuat. Tempias hujan membasahi dewan, dan kami yang berdiri di tengah-tengah dewan, turut mendapat tempiasnya. Dan kerisauan untuk menghadapi esok semakin bertambah. Hujan hanya reda kira-kira 6.15 petang. Kami terpaksa balik dan menangguh kerja pada esok hari.
Pagi, 29 Jun 2010: Pihak PNB tiba kira-kira jam 8.30 pagi untuk memulakan persiapan dewan. Semua Ajk yang berkenaan dari sekolahku membuat persediaan bahgian masing-masing.Disebabkan Isnin cuti, semua perkara terlonggok pada hari Selasa. Azuha dengan pelajar-pelajarnya menyediakan kerusi meja duntuk tetamu dan VIP. Izat, Fadilla dan 3 orang pelajarnya, sibuk menghias pentas. Asniza dengan buku programnya.Habsah menjadi runner,..ke sana ke mari sebagai penyelaras. Aku yang memantau setiap bahagian, tak senang duduk. Pihak PNB menyediakan peralatan elektronik yang canggih, dan dewan berubah menjadi begitu hebat. Tepat jam 2.00 petang, semuanya berjaya kami siapkan dengan kerjasama semua pihak, alhamdulillah. Penat dah mula terasa.
Jam 2.00 petang, pendaftaran bermula. Pengacara kami, Ziton dan Tuti Azuraidah, sudah bersedia. Tepat jam 2.30 ptg,kuiz PNB bermula. Lebih kurang pukul 5.00 petang, langit sudah mula menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Kami semua sudah mula risau. Hujan di kawasan ini agak luar biasa lebatnya.Semasa menunggu Pn Hjh Hanim, Timbalan Pengarah Pelajaran PPD Keramat tiba sebagai wakil pengarah, hujan renyai-renyai sudah mula turun dan semakin lebat sebaik sahaja tetamu sampai. Kami berpayung menyambut tetamu. Ketika orang VIP PNB tiba, hujan turun dengan lebatnya. Kuiz diteruskan walau dalam hujan lebat. Angin yang agak kuat menumbangkan bena-bena yang dipasang oleh pihak PNB. Pelajar ahli kelab Pelaburan Bijak terpaksa memegang kain tabir, supaya tidak menganggu peserta.
Sebaik sahaja, kuiz bahagian pertama tamat, kami menjeput tetamu turun ke dewan. Tempias hujan di sana sini. Kami tak dapat berbuat apa-apa untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Majlis tetap diteruskan. Sebaik sahaja pengacara mengalu-alukan para tetamu khas, PA system terganggu. Walau bagaimanapun, semua tenang menghadapi situasi itu. Azham dan Raja, bergegas ke bilik elektrik di blok tersebut. Lebih kurang lima minit, acara dapat diteruskan. Alhamdulillah. Pakaian kami kebasahan sedikit. Air bertakung dibahagian dewan tempat pelajar, terpaksa dimop. Semuanya kami atasi dengan penuh sabar. Wajah pentas terganggu sedikit, kerana semua tabir yang menganggu terpaksa diikat.
Jam 4.45 petang, hujan mula reda. Kami agak lega, kerana semasa ucapan, suasana alebuh tenang, walaupun hujan masih turun. Penyampaian hadiah berlangsung dengan penuh ceria. Pidato dimenangi oleh SMK Padang Tembak, dikuti oleh SMK Aminuddin Baki dan SMK Taman Setiawangsa.