Petang tadi aku dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang kupanggil kakak.Walaupun bergelar datin, dan isteri kepada orang berpangkat, perwatakannya biasa dan tidak sombong. Malam tadi, memang aku teringat akan beliau. Tak sangka, mendapat panggilannya. Agak lama menyepi kerana pergi menunaikan haji.
Kami berbual agak panjang sebelum sampai ke titik cerita yang sebenar. Rupanya beliau ingin mengundang untuk majlis perkahwinan anaknya. Bukan anak perempuan sulung katanya, tetapi anak lelaki yang no.3. Berusia hampir 24 tahun, sianak dengan yakin berkata, dia sudah bersedia walaupun si ibu merasakan dia perlu mengumpul duit lagi.
Tentang kahwin juga,...seorang rakanku sedang sibuk menguruskan majlis pertunangan anaknya. Dalam usia 22 tahun anak bujangnya yang masih belajar akan berkahwin pada tahun ini. Walaupun masih belajar, ayah dan ibu menguruskan segalanya. Bertuah sungguh. Orang tua kata "cuci kaki sahaja".
Rakanku yang lain pula berkata, anak perempuanya masih belajar tetapi telah ada calon. Nak kahwin, tunggu sampai dah kerja. Nak bantu, ibu bapa masih banyak tanggungan. So anak ini perlulah bersabar sehingga habis belajar dan berdikari.
Bagaimana ya? Belajar dulu baru kahwin? Kahwin semasa belajar? Kerja dulu baru kahwin?...Kahwin dulu baru sambung belajar?..teringat lagu dulu..."aduhai emak kahwinkan aku!..."
12 Jan 2011