Friday, January 14, 2011

Sebuah Pencarian.

Aku cuba merenung bulan
cahayanya kelam disapu awan
aku cuba merenung bintang
tampak cantik tak tergapai tangan
aku cuba merenung mentari
kilau cahaya membakar diri.

Mencari aku cahaya nan terang
lorong gelap jelas terbentang
manaku dapat sinar nan cerah
penyuluh hidup hati yang resah
temukah aku kilau permata
tetap gemerlap di malam gelita.

Dalam sujud aku tersendu
apa kucari telah kutemu
kubaja dan siram dengan cinta-MU
agar subur jiwa ragaku
lidah fasih menyebut nama-MU.


14 Januari 2011
7.10 mlm.

Thursday, January 13, 2011

DASAR 1M1S

Hari ini hadir taklimat 1M1S (1 murid 1 sukan). Prinsip pelaksanaan menarik. Penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan sebagai asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. Matlamat, untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh daripada kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. selain itu untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Asas kepada 1M1S ialah pelaksanaan mata pelajaran PJK yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi melaksanakan 1M1s. '">Subjek PJK tidak boleh dijual kepada subjek laininhouse' kena buat untuk semua guru.
Pendekatan:
1) Program Sukan Umum :(sukan sepanjang tahun - merentas desa, sukantara, kejohanan balapan dan padang);
2) Kelab Sukan dan Permainan :(sepanjang tahun - 90 minit seminggu, latihan pelbagai permainan & modified game);
3) Pertandingan Dalaman (sukan sepanjang tahun) - pertandingan antara rumah sukan, Pertandingan antara tingkatan/kelas;
4) Pertandingan Lain: MSSD, MSSN, MSSM dan peringkat antarabangsa.

Pertandinagan/penilaian : Segak/Sukantara/Sukan sekolah/MSSD/MSSN/MSSM/Kejohanan antarabangsa.

Hanya perlu dijelaskan, bukan dibuang'

KUALA LUMPUR 10/1/2011

Konteks penggunaan perkataan 'paria' dalam novel Interlok boleh dijelaskan dengan tepat kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal menggunakannya sebagai komponen teks sastera mulai tahun ini.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan berkata, malah istilah tersebut tidak perlu diubah atau digantikan dengan perkataan lain cuma diterangkan melalui nota kaki di bawah halaman novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

''Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal.
''Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.
Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 kaum India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Beliau yang juga dikenali Anwar Ridhwan menjelaskan, tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu.

''Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.

''Mereka harus faham sebuah teks yang mentafsir sejarah masyarakat India sebagaimana yang turut diceritakan dalam sebuah karya India, Mulk Raj Anand, berjudul 'Untouchable','' katanya.
Sehubungan itu, Anwar Ridhwan menyokong agar penggunaan novel tersebut diteruskan sekali gus amat kecewa dengan sikap tidak intelektual perbuatan membakar novel itu.

''Ia sebenarnya boleh diselesaikan melalui perundingan antara dua pihak bukan dengan cara berdemonstrasi di jalanan,'' katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, istilah paria dalam novel itu boleh dianggap relevan pada zaman yang dibicarakan dan ia perlu diambil iktibar oleh masyarakat ketika ini.

''Sebarang pertentangan pendapat perlu dibincang terlebih dahulu dan memahami keseluruhan novel tersebut bukan sekadar memetik beberapa perenggan dan dipolitikkan walaupun novel itu bersifat pendidikan.

''Biar kerajaan memutuskan langkah terbaik kerana novel itu hak mutlak penulis dan semua pihak harus menghormatinya,'' katanya.

- Utusan Malaysia
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:02 0 ulasan

Wednesday, January 12, 2011

Aduhai Emak Kawinkan Aku

Petang tadi aku dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang kupanggil kakak.Walaupun bergelar datin, dan isteri kepada orang berpangkat, perwatakannya biasa dan tidak sombong. Malam tadi, memang aku teringat akan beliau. Tak sangka, mendapat panggilannya. Agak lama menyepi kerana pergi menunaikan haji.
Kami berbual agak panjang sebelum sampai ke titik cerita yang sebenar. Rupanya beliau ingin mengundang untuk majlis perkahwinan anaknya. Bukan anak perempuan sulung katanya, tetapi anak lelaki yang no.3. Berusia hampir 24 tahun, sianak dengan yakin berkata, dia sudah bersedia walaupun si ibu merasakan dia perlu mengumpul duit lagi.
Tentang kahwin juga,...seorang rakanku sedang sibuk menguruskan majlis pertunangan anaknya. Dalam usia 22 tahun anak bujangnya yang masih belajar akan berkahwin pada tahun ini. Walaupun masih belajar, ayah dan ibu menguruskan segalanya. Bertuah sungguh. Orang tua kata "cuci kaki sahaja".
Rakanku yang lain pula berkata, anak perempuanya masih belajar tetapi telah ada calon. Nak kahwin, tunggu sampai dah kerja. Nak bantu, ibu bapa masih banyak tanggungan. So anak ini perlulah bersabar sehingga habis belajar dan berdikari.
Bagaimana ya? Belajar dulu baru kahwin? Kahwin semasa belajar? Kerja dulu baru kahwin?...Kahwin dulu baru sambung belajar?..teringat lagu dulu..."aduhai emak kahwinkan aku!..."

12 Jan 2011

Tuesday, January 11, 2011

Kerana Nasi 'Lembik'

Lewat pagi tadi mood terganggu. Note book tiba-tiba tak boleh dibuka...licence out...So apa yang dirancang semalam tak menjadi. Telefon anak, tanya kawan...so jawapan macam-macam versi. Lastly telefon suami, tanya tentang 'guarante'..salah time lak...jawapan tak memuaskan. Geram menebal dalam dada. Siap! Balik nanti tak mau cakap apa-apa. Mind set!
So, hari ini settled kan macam-macam. Pantau mesyuarat agung Unit Beruniform dan kelab sukan permainan. "Thumb up" untuk guru-guru penasihat dan semua pelajar. Well done.Checked stok barangan koperasi daripada guru berkenaan, urus surat-surat yang berkaitan koku - mesyuarat, makluman dan tindakan. Done.
1.15 'Q time'. Syabas Cikgu Normah Mispar. Begitu semangat. Moga berjaya...berani mencuba dan banyak idea. Pesanan demi pesanan macam peluru..tak taulah sampai tak sasaran. Apa pun tugas yang perlu dipikul. Mudah-mudahan kuranglah mulut kita ni dok cakap itu dan ini. Kadang penat juga complain ni.
3.40 ptg, bertolak ke rumah. Ingat sakit hati tu dah habis. Dalam perjalanan, rasa tak puas hati dengan jawapan suami mengiang-ngiang balik. Siap. Tak cakap apa-apa bila sampai di rumah. Kata-kata itu melintas balik di kepala. Sampai rumah...'hubby dah balik'.Awal pulak hari ini. Sebelum tekan 'control' gate, pintu rumah sudah dibuka. Nasib, gril tak dibuka olehnya. Sampai di muka pintu,..tak nampak kelibat suami, ... mujur dia ke dapur. Selamat untuk bercakap. Cepat-cepat aku naik ke atas dan terus solat Zohor. Usai solat, turun ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Selamat juga untuk bersuara, sebab dia sibuk berbual dengan anak bujangku.Bila aku buka periuk nasi, nasi dah masak. Diam, no komen. Goreng ikan kering, dan masak sayur. Lauk asam pedas, sudah sedia dipanaskan. Tanpa suara...masakan hampir siap.
" U....(panggilan untukku), nasi terlembik sikit." Tiba-tia suamiku bersuara. Entah apa mimpi masak nasi....Jawapanku pendek aje..."hem"...pertahankan ego. Tiba-tiba tak lama lepas tu, suamiku ke dapur, " ok ke nasi tu , tak lembik sangat?".Agaknya tak puas hati dengan jawapan tadi. Mahu tak mahu, terpaksa jawab. Lepas tu, banyak lah pulak soal jawabnya...marahku terpaksa kucairkan. Dalam hati, pandai sungguh, dah buat salah, macam-macam dibuat untuk menebusnya. Ha..ha..hari ini, niat baik tak kesampaian, niat jahat pun tak diredha Tuhan. Terima kasih ya Allah, kerana tidak membiarkan aku 'BERDOSA"....


11/1/2011
(Selasa)