Thursday, December 23, 2010

23 DISEMBER YANG CERAH

Hari ini, awal-awal pagi aku telah melihat wajah-wajah cemas para pelajar yang datang untuk mengambil result PMR. Ibu bapa yang menemani mereka juga begitu. Semunya tak banyak bercakap. Berhati-hati dalam butir perbualan. Aku terkesima melihat para pelajar yang begitu baik mematuhi peraturan dengan memakai pakaian seragam sekolah. Sekalung tahniah untuk mereka. Aku pula asyik mundar mandir dan sibuk mencari Sumaiyyah yang ditugaskan untuk mengambil gambar majalah. Berjumpa dengan rakan sekelasnya (3B),aku sibuk menanyakan tentang Sumaiyyah. Mereka kata dia lewat sikit. Akhirnya Sumaiyyah samapai dengan wajah tenang dan senyumnya seperti selalu.
Apabila keputusan hampir diumumkan, Sumaiyyah tidak dibenarkan mengambil gambar sebab dia naik pentas. Panik mencari jurugambar untuk menggantinya. Aku pula mana pandai guna kamera canggih tu. Kebetulan Cikgu Syura datang, apatah lagi, aku pun tangkap muat sahaja. Walaupun cikgu Syura kata tak pandai, aku paksa dia belajar dengan Sumaiyyah. Sedang kecoh-kecoh belajar, nama pelajar dipanggil oleh Pn Sabiah. Lucu betul, Cikgu Syura dengan terkial-kial cuba mengambil gambar dalam keadaan agak panik. Sumaiyyah pula sibuk menekan button yang sepatutnya. Cikgu Syura pegang kamera tapi orang tukng 'snap' Apabila nama Sumaiyyah dipanggil sebagai calon cemerlang dengan pencapaian 9A, mahu tidak mahu, Cikgu Syura berusahalah sendiri. Sama ada gambar ok atau tidak, kenalah tunggu.
Apapun hari ini aku gembira sekali. Pencapaian Geografi 3B sangat mengembirakan. 30 orang mendapat A, 4 orang mendapat B dan 2 orang mendapat C. Sumaiyyah yang banyak membantu kami untuk majalah sekolah, mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Amir anak Pn Fatimah yang selalu membantu menguruskan projek Eco Rangers Kelab Kembara, Pelancongan dan Alam Sekitar mendapat 8A dan Madihah anak Pn Sharifah Eda yang aktif membantu Koperasi sekolah mendapat 7A..Jelasnya, bergiat aktif dalam kokurikulum tidak menjejaskan pelajaran mereka, asalkan pandai membahagikan masa. Juga keberkatan membantu guru dan sekolah dengan hati terbuka dan ikhlas, akhirnya ganjaran nikmat diperoleh oleh mereka. Mereka ialah pelajar yang benar-benar cemerlang dan berjaya. Tahniah dari saya dan semua jawatankuasa kokurikulum yang terlibat. Cikgu sayang kamu!

23 Disember 2010

1 comment: