Monday, December 7, 2009

Sesekali Pulang


Sesekali
waktu pulang ke kampung halaman
mencari teman yang dulu
sama berkejaran
sama di bangku sekolah
sama mengejar rerama dan pepatung
bermain ting ting dan galah panjang
tanpa jemu.


sesekali pulang
aku mencari jiran sebaya teman ketawa
rakan sekampung berusik jenaka
nenek dan makcik jiran tetangga
kadang membantu kenduri kendara.

Sesekali pulang
aku hanya mencari rindu masa silam
semuanya semakin pudar dimamah masa
kitapun terikat dengan kehidupan
yang dipagari kewajipan
yang menuntut pengorbanan.

Sore Isnin, (7 Dis.09)
December 7, 2009 2:17 AM

No comments:

Post a Comment