Saturday, March 12, 2011

Kalau tidak ada internet? Pernah juga saya terfikir apa saya buat apabila perasaan bosan melanda. Paling mudah menelefon kawan...itu yang selalu dilakukan dulu. Kemudian bil telefon pun melambung tinggi. Masa FB belum diperkenalkan, YM menjadi media perantaraan utama untuk menghubungi kawan-kawan. Masih saya ingat, Azra anak murid saya di tingkatan 3R, sering berYM dengan saya dan kami bergurau senda dengan pelbagai applicatian yang ada. Bahan tidak dikongsi dengan org lain dan tak ada orang yang boleh baca tulisan-tulisan saya. Kalau tak ada kenalan di YM yang online, mainlah game yang ada sekadar menghibur hati. Apabila dah pandai membina blog, saya sudah dapat menyimpan hasil tulisan dan menyimpan bahan yang dikongsi oleh orang lain. Sangat seronok.

Zaman FB mengubah segalanya. Rakan makin ramai. Banyak bahan boleh di'share'. Ilmu banyak yang dapat dikutip. Boleh berhubung secara terus dengan ramai orang, sama ada kawan kita atau kawan kepada kawan kita... Kemudhan IT, Blog dan FB, mengubah sebuah kehidupan kepada pelbagai corak dan gaya yang baru...Toleh ke belakang kepada zaman yang kita tinggalkan...dan inilah yang berlaku...Kehidupan yang penuh dengan 'wire', sambung menyambung sehingga kita terlupa dan menjadi ' screen layar'


cikgu Khaty

Friday, January 14, 2011

Sebuah Pencarian.

Aku cuba merenung bulan
cahayanya kelam disapu awan
aku cuba merenung bintang
tampak cantik tak tergapai tangan
aku cuba merenung mentari
kilau cahaya membakar diri.

Mencari aku cahaya nan terang
lorong gelap jelas terbentang
manaku dapat sinar nan cerah
penyuluh hidup hati yang resah
temukah aku kilau permata
tetap gemerlap di malam gelita.

Dalam sujud aku tersendu
apa kucari telah kutemu
kubaja dan siram dengan cinta-MU
agar subur jiwa ragaku
lidah fasih menyebut nama-MU.


14 Januari 2011
7.10 mlm.

Thursday, January 13, 2011

DASAR 1M1S

Hari ini hadir taklimat 1M1S (1 murid 1 sukan). Prinsip pelaksanaan menarik. Penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan sebagai asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi. Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. Matlamat, untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh daripada kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. selain itu untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Asas kepada 1M1S ialah pelaksanaan mata pelajaran PJK yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi melaksanakan 1M1s. '">Subjek PJK tidak boleh dijual kepada subjek laininhouse' kena buat untuk semua guru.
Pendekatan:
1) Program Sukan Umum :(sukan sepanjang tahun - merentas desa, sukantara, kejohanan balapan dan padang);
2) Kelab Sukan dan Permainan :(sepanjang tahun - 90 minit seminggu, latihan pelbagai permainan & modified game);
3) Pertandingan Dalaman (sukan sepanjang tahun) - pertandingan antara rumah sukan, Pertandingan antara tingkatan/kelas;
4) Pertandingan Lain: MSSD, MSSN, MSSM dan peringkat antarabangsa.

Pertandinagan/penilaian : Segak/Sukantara/Sukan sekolah/MSSD/MSSN/MSSM/Kejohanan antarabangsa.