Saturday, March 12, 2011

Kalau tidak ada internet? Pernah juga saya terfikir apa saya buat apabila perasaan bosan melanda. Paling mudah menelefon kawan...itu yang selalu dilakukan dulu. Kemudian bil telefon pun melambung tinggi. Masa FB belum diperkenalkan, YM menjadi media perantaraan utama untuk menghubungi kawan-kawan. Masih saya ingat, Azra anak murid saya di tingkatan 3R, sering berYM dengan saya dan kami bergurau senda dengan pelbagai applicatian yang ada. Bahan tidak dikongsi dengan org lain dan tak ada orang yang boleh baca tulisan-tulisan saya. Kalau tak ada kenalan di YM yang online, mainlah game yang ada sekadar menghibur hati. Apabila dah pandai membina blog, saya sudah dapat menyimpan hasil tulisan dan menyimpan bahan yang dikongsi oleh orang lain. Sangat seronok.

Zaman FB mengubah segalanya. Rakan makin ramai. Banyak bahan boleh di'share'. Ilmu banyak yang dapat dikutip. Boleh berhubung secara terus dengan ramai orang, sama ada kawan kita atau kawan kepada kawan kita... Kemudhan IT, Blog dan FB, mengubah sebuah kehidupan kepada pelbagai corak dan gaya yang baru...Toleh ke belakang kepada zaman yang kita tinggalkan...dan inilah yang berlaku...Kehidupan yang penuh dengan 'wire', sambung menyambung sehingga kita terlupa dan menjadi ' screen layar'


cikgu Khaty